Sabtu, 31 Januari 2009

Hutan Batu

Di hutan batu ini,
manusia sebuas binatang,
rakus menimba harta,
menghirup nafsu,
memakan segala kotor debu,
meliar tajam pandangan,
menjuarai segala pendebatan,
dan hilang arah tujuan.

Belantara bandar ini,
penuh dengan kepincangan,
sifat dan sikap insan,
tiada nilainya,
seburuk suratkhabar lama,
tin kosong dan plastik,
yang dikutip untuk kitar semula.


Merbok
2009

2 ulasan:

  1. Ini sisigelap bandar (malah adapun desa juga turut mempunyai sisigelapnya), rasanya untuk melihat suasana kota dari suduterangnya, puisi 'Kuala Lumpur' karya saudara Ielia ada memuatkan imejan itu. Walau bagaimanapun sebagai penyair aku lebih suka mengenangkan kedamaian desa jauh daripada hiruk-pikuk kota, mungkin saja kerana aku dilahir dan dibesarkan dalam suasana tersebut. Selalu saja hati aku terpanggil ke desa, lalu lahir gambaran kenangan waktumuda. Oleh sebab itu, kebanyakan karya aku dipengaruhi oleh unsur kedesaan ini. Tahniah saudara kerana akhirnya tampil mengisi di ruangan maya ini. Subhanallahi wabihamdiHi nashhadu an la ilaha illa Huwa nastaghfiruHu wanatubu ilayh.

    BalasPadam
  2. tahniah... tak hantar kat dewan siswa?

    BalasPadam