I
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin
IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini
V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua
Usman Awang
1970
*Dipetik dari Blog Dunia Penyair
Sajak ini secara ringkasnya, yang berunsur kemanusiaan ini sering berkumandang di radio IKIM.FM, membawa pembacanya berfikir sejenak tentang kezaliman pihak yang mendakwa dirinya polis dunia. Selain mempunyai kuasa dalam pencaturan ekonomi, mereka juga mengugut pihak lain supaya mengikut kata-kata dan membenarkannya, dan pihak yang dianiya tidak dapat membuat pilihan. Penyajak juga secara terang mengungkap penderitaan rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi oleh tentera Israel, yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Penyajak menunjukan rasa simpati dengan mengatakan secara maksudnya, walaupun kami di nusantara, kami memahami penderitaan yang dialami oleh saudara kami di Palestin. Dan pada akhirnya penyajak menyampaikan salam keamanan pada semua, dengan tiada pemisah yang menghalang.Sajak ini amat menyentuh jiwa saya, dalam melihat kekejaman di Palestin masih belum reda.Ini menunjukan keangkuhan kuasa besar dari melihat penderitaan rakyat Palestin sebagai satu perkara biasa. Usah kita lupa saudara kita di Palestin dan berdoalah kepada Allah agar kita berjaya, mengembalikan tanah air rakyat Palestin, juga berjaya di dunia dan akhirat.
Salam sahabat...lme x jumpa...pe khabar sekarang...sudah menjadi pemikir kamu ni...bgs2
BalasPadamAlhamdulilah sahabat,saya sihat lagi..saya bukanlah seorang pemikir yang bagus, cuma ingin mengatakan apa terbuku dari pemerhatian, awak lebih arif dari saya, tahniah kerana mempunyai blog yang hebat
BalasPadam